KUALA LUMPUR: Pas memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
"Sehubungan dengan itu, Pas menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.
Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman selepas membenarkan petisyen pilihan raya oleh pengundi, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Pada pilihan raya itu, Che Alias menewaskan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan majoriti 27,179 undi.
Sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, parti itu yakin akan menang dengan majoriti lebih besar sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan semula.
Katanya, parti itu juga bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku terhadap landskap politik negara.
UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Justeru, PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan semula selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen pilihan raya bagi Parlimen tersebut.
Namun calon PN, Datuk Ahmad Amzad Hashim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 47,266 undi dalam PRK itu.
Ahmad Amzad mencatat kemenangan buat kali ketiga dengan majoriti jauh lebih besar berbanding kemenangan kali pertama di Parlimen itu pada PRU-14 yang lalu dan kemenangan kedua pada PRU-15 tahun lalu.
INFO: PRU15
Jumlah Pengundi: 139,423
Peratusan Kaum: Melayu: 129,825; Cina:7,000; India:738; Lain-lain:1,732
1. Rosli Ab Ghani (Pejuang) 506
2. CHE ALIAS HAMID (Pas) 65,714 MENANG - Majoriti 27,179
3. Datuk Seri Ahmad Said (BN-UMNO) 38,535
4. Hasuni Sudin (PH-PKR) 8,340
Jumlah undi 114,533
Umavathi Ramayah
Tue Oct 03 2023
Ahmad Said (kiri) memperoleh 38,535 undi manakala Che Alias Hamid menang dengan majoriti 27,179 di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.